luka.

Monday, October 18, 2010
pada suatu hari..di dalam sebuah kelas yg terletak di jalan macalister..seorang cikgu sedang mengajar subjek matematik. memandangkan pejarnya kelihatan tidak bermaya dan mengantuk, guru tersebut membuat sedikit aktiviti..eksesais tarik napas lepas napas konon nya nk menghilangkan mengantuk pelajar-pelajarnya.

selesai. pelajarnya masih mengantuk. guru menuruskan pelajaran. seorang pelajar bagun lalu berkata.

"cikgu, ngantok. penat. xlarat. xpayah belajar la harini. lagi pon ramai yg xmai"

cikgu nya hanya tersenyum lalu membalas.

"x boleh la macam tu. kita x boleh buang masa.."

lalu cikgu tersebut meneruskan pelajaran. pelajar td kelihatan sungguh boring dan mengantuk walaupon pelbagai cara telah dilakukan. antaranya cikgu tersebut memanggil pelajar tersebut ke depan kelas untuk menyelesaikan satu soalan yang diberi tentang pelajaran yang diajar pada hari tersebut. usai memnyelesaikan solan si pelajr kembali ke tempat duduk dgn malas nya. pelajaran ditamatkan dengan cikgu memberikan latihan kepada pelajar-pelajarnya.

cikgu tersebut memerhatikan gelagat pelajar tadi lalu berkata:

"kenapa kamu nampak malas sgt ni??? apa kata pegi eksesais badan dan basuh muka. pastu tolong cikgu ambil kan buku latihan kawan2 kamu atas meja cikgu"

pelajar tersebut membalas:

"ala cikgu. tiba2 saya rasa segar cikgu"

cikgu berkata lagi:

"jgn la macam tu. malas sgt ni. x baik. cepat pegi tolong cikgu"

melihatkan gelagat pelajar tersebut cikgu pon berkata kepada seluruh kelas:

"cikgu masih boleh menarik balik 10 markah yg cikgu beri percuma kepada kamu semua. final mark kamu cikgu belum beri kepada guru kelas kamu. siapa2 yg cikgu nampak malas-malas ni, cikgu akan potong markah"

pelajar tersebut membalas:

"cikgu sindir saya ke cikgu?!"

cikgu tersenyum lalu berkata:

"xla. cikgu x sindir. sapa yang terasa, amek la"

sambil berlalu keluar pelajar berkata:

"ingat saya heran ke dgn 10 markah cikgu tu???!!"

cikgu yang sedang menahan marah berkata:

"kamu cabar cikgu?"

dia membalas:

" saya x heran la!!"

cikgu tersebut lantas mengambil buku rekodnya lalu menolak 10markah dr final mark pelajar tersebut. sungguh, hati cikgu itu terluka dan tersentak dengan kata-kata pelajar tersebut yang dilayan dan ditatangnya sebelum ini. ya, cikgu tersebut kadangkala memanjakan pelajarnya. sehinggakan pelajar2 tersebut hanya dianggap sebagai adik2 malahan seperti kawan2 sahaja.

susah jadi cikgu ni. garang sgt pon susah. manjakan sgt pon susah. lg susah untuk mendidik. alahai students.

p/s: hati kecil cikgu ini masih terluka. sungguh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...